LIHATLAH aksi ceria dan bersemangat pelajar Tingkatan 5 SMKSK yang meraikan majlis graduasi SPM 2009 yang diadakan baru-baru ini.
Keriangan terserlah di wajah pelajar yang pastinya tersemat di hati masing-masing, dapat menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan murid melangsaikan perjalanan 11 tahun sebagai pelajar rendah dan menengah.
Dalam erti kata lain, penghujung perjalanan telah tiba kerana mendakai gunung ke puncak jaya baru bermula. Selamat menghadapi peperiksaan dengan berani dan cekal! Semoga berjaya, insya-Allah.